001. MENANAM VANILA ( vanilli )
Vanila
adalah sejenis tanaman rempah yang boleh mendatangkan pendapatan yang
lumayan. Penanaman vanila tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas
tetapi ia memerlukan keadaan yang sesuai serta penjagaan yang rapi.
Vanila sangat sensitif kepada keadaan persekitaran maka dengan itu
pengetahuan teknikal yang baik adalah amat diperlukan.
Vanila
mula ditanam di Pulau Jawa kemudian di Bali, Lampung, Acheh dan
Sumatera. Barat dari digelar 'emas hijau' kerana harga pasaran yang
tinggi. Vanila dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang
mengandungi vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla
Bean.
Vanila
dari variati Vanilla Planifolio Andrews telah dikenal pasti sesuai
ditanam di Sabah. Penggunaan vanila adalah meluas dalam industri
makanan, perubatan, kosmetik, wangian, tayar, cat dan sebagainya.
Dianggarkan bahawa penggunaan vanila asli di dunia hanyalah 3% sahaja
manakala 97% lagi adalah vanila sintatik. Dengan kesedaran terhadap
penggunaan barangan asli, permintaan vanila asli semakin meningkat.
Penanaman :
Tanaman
vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50%. Jadi persekitaran
di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang disyorkan
untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di
antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan
jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar.
Bagi
memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai
pokok-pokok besar yang tidak sesuai. Penanaman mula dimulakan dengan
membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm. Pada bahagian batas akan
disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung.
Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki
sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila
ditanam.
Lubang
penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan
kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang
untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm.
Anak
Benih :
Benih
daripada keratan sepanjang 1.5 m digunakan. Bahagian tiga ruas yang
terbawah dibuang daunnya dan dicucukkan ke dalam lubang tanaman.
Bahagian keratan yang berada di atas permukaan tanah diikat pada
pokok tumpang supaya dapat melekat dan memanjat. Setelah pokok
mencapai ketinggian 5 kaki, ia akan digayut juntai ke bawah, ke atas
dan ke bawah. Pencantasan boleh dilakukan untuk mendapatkan
cabang-cabang baru bagi menghasilkan buah yang lebat.
Pokok
vanila biasanya akan berbunga setelah berusia 2 tahun dan tidak
berbuah jika tidak didebungakan. Bunga vanila mula berkembang setelah
12 malam dan layu pada 12 tengahari. Kerja-kerja pendebungaan akan
dijalankan waktu pagi hingga tengahari. Pucuk vanila dicantas
sepanjang 15 cm bagi menggalakkan pengeluaran buah lebih baik dan
mengambil masa 8-9 bulan untuk matang dan sedia untuk dipetik. Setiap
tandan mengandungi antara 15-20 biji buah tetapi buah yang kurang
baik akan dibuang dan 10-16 biji dibiarkan setandan. Biasanya vanila
mengeluarkan hasil setahun sekali.
Penyelenggaraan
tanaman :
Bagi
menjamin hasil yang baik, pokok vanila perlu diselenggara dengan
betul. Ketinggian yang disyorkan tidak melebihi 2 m. Aras lindungan
hendaklah dikekalkan antara 30-50 % dengan mencantas pokok penaung
sekiranya terlalu gelap. Pokok vanila perlu dipangkas untuk
merangsang pertumbuhan cabang supaya dapat menghasilkan buah yang
lebat dan bermutu tinggi. Selain baja asas semasa menanam, baja NPK
(15:15:15) boleh diberikan pada kadar 1 kg sepokok iaitu setiap 4
bulan. Bagi tanaman yang belum mengeluarkan hasil, baja daun perlu
disembur pada kadar 0.5 kg/ha dua minggu sekali. Pemberian baja daun
ini hendaklah dikurangkan apabila tanaman sudah mengeluarkan hasil.
Setiap
pokok berupaya menghasilkan sehingga 6 kg buah vanila mengikut benih
dan kaedah pengurusan. Buah dipetik berperingkat-peringkat mengikut
kematangan dan buah cukup matang berwarna hijau pudar dan kuning
dihujung. Buah perlu dipetik sebelum hujungnya pecah bagi mendapat
gred terbaik dan buah vanila tidak matang tidak mempunyai nilai
kerana kandungan vanilinnya rendah. Buah vanila yang cukup matang
akan dipetik dan diasingkan mengikut gred yang telah ditetapkan. Buah
ini akan disusun selari dalam bekas kotak sederhana besar dan
dihantar ke pusat pengumpulan.
Tanaman
vanila dijangka dapat menjana pendapatan lumayan kerana boleh ditanam
dalam kepadatan tinggi iatu satu ekar dengan 1,600-2,000 batang
pokok. Pokok vanila juga boleh dijadikan tanaman sampingan sekiranya
diusahakan di kebun atau ladang tanpa menjejaskan tanaman yang sedia
ada. Projek penanaman vanila hanya memakan masa 1 - 12 tahun kerana
selepas tempoh berkenaan pokok vanila tidak produktif dan petani
perlu menjalankan penanaman semula.
002. Tumpang Sari Vanili
Radar
Lampung.Laporan Andi Gunawan,Tanggal 02 Juni 2007. KEBERADAAN Pusat
penyuluhan dan pengembangan kopi (P3K) milik Asosiasi Eksportir Kopi
Indonesia (AEKI) Lampung di Pemangkubawang, Pekon Hanakau, Kecamatan
Sukau, Lampung Barat (Lambar), memberikan arti penting bagi pemkab
dan petani setempat. Pasalnya, lokasi seluas 10 haktare dan yang
telah digarap mencapai 6 ha tersebut merupakan tempat menimba ilmu
bagi petani, utamanya petani kopi. Yang menarik, tenaga ahli P3K juga
mengajari petani kopi bercocok tanam-tanaman lain sebagai tumpang
sari yang produktif. Seperti lamtoro. Pemilihan lamtoro sebagai pohon
pelindung dengan beberapa alasan. Antara lain, karena daunnya yang
kecil-kecil memungkinkan sinar matahari tembus ke tanaman pokok kopi.
Maski begitu, petugas dalam jangka waktu tertentu, biasanya 3 bulan
sekali memangkasnya. Pemangkasan ini juga bermaksud sebagai batasan
lanjaran tanaman tumpang sari lain, seperti lada atau merica dan
vanili. Sejauh ini, tanaman tumpang sari yang dibudidayakan adalah
lada dan vanili. Majajer P3K AEKI Hanakau Ir. Gatut Suprijadi
menjelaskan, ada perbedaan antara jenis kopi arabika dan robusta. Di
mana dalam sekali panen kopi arabika menghasilkan 1,5-2 kilogram (kg)
per pohon pada usia 4 tahun. Sementara, robusta pada periode yang
sama mencapai 2-2,5 kg per pohon. Perbedaan lainnya, jenis kopi
robusta dengan jarak tanam 2,5 x 2,5 meter, produksi perdana pada
usia 2 tahun menggunakan bibit stek, sementara arabika yang ditanam
dengan jarak bisa 1,5 x 2,5 dalam usia 2,5 tahun buah pertama karena
menggunakan biji. Lamtoro sebagai pohon pelindung ditanam dengan
jarak 5 x 5 meter.
Di
bawah lamtoro dan tanaman kopi, ditanami dengan tanaman arakhis,
jenis tanaman yang merambat seperti kacang ini, ternyata mampu
mengembalikan kesuburan tanah sekaligus membentuk unsur hara baru.
Tanaman arakhis yang dipangkas (dimurnikan) sekali sebulan ini
dimakan oleh ternak, seperti kambing. Ternak di sini sengaja
diliarkan dengan maksud agar memakan arakhis ini dan berharap
membuang kotorannya di tanaman itu kembali, dengan demikian secara
tidak langsung terjadi siklus matarantai yang saling menguntungkan.
P3K AEKI Hanakau sekaligus sebagai kebun percontohan. Sebab, cara
bercocok tanam kopi dan tanaman tumpang sari lainnya yang ideal bisa
disaksikan di sini. Selain tanaman tumpang sari dan pohon pelindung,
di sini juga terdapat pembudidayaan lebah madu. Sanusi, petugas yang
membidangi hal ini mengatakan, saat ini terdapat 50 kotak media
pembudidayaan lebah madu ini. Kotak berukuran 42 x 36 diberi
kisi-kisi di dalamnya diberi atap itu, dibuat seolah menancap di
tanah. Pada bagian pangkalnya sengaja dibuatkan media penampungan
air. Ini dimaksudkan agar lebah yang mulai hinggap dan membentuk
koloni-koloni membuat sarang madunya tidak terganggu oleh insek
lainnya, seperti coro, semut, kecoa, kupu-kupu, cecak, bahkan ular.
Tinggi tiangnya sekitar 75-100 senti meter. Biasanya, ketika
kotak-kotak ini telah terisi lebah, 3 bulan kemudian bisa dipanen
perdana. Rata-rata per kotak biasanya menghasilkan 1.500 mili liter
(ml) madu alami. ’’Dengan demikian, bertani kopi dengan tumpang
sari lada, vanili, dan juga lebah madu, untungnya berlipat,’’
kata Sanusi. (*)
Petani Vanili silahkan kontak saya 085244813918 (Izaak).. Terima kasih
ReplyDelete